Sunday, May 23, 2010

tuk pompuan2..

skali lagi tuk pompuan2 yg bername gf...

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau bf sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan bf ,membandingkan bf die dengan lelaki lain dan memaki hamun bf die ( ni knyataan ek ) Sekiranya korang ( pompuan2 gedix ) bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun korang kepada bf korang, korang bukanlah seorang wanita yang bijak. koranglah yang mungkin menjadi penyebab mengapa bf korang merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan korang gak nnti ( pdn mke korang )*nanges r... korang r yang sepatutnya berubah.


Sebenarnya tanggung jawab galz..(pmpuan ) terhadap bf die tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab bf kepada gf. Selagi korang menjalankan tanggung jawab korang dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, korang tidak perlu risau apa pun.


Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana bole melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada korang dan mungkin akan mengkritik korang pula...then korang bkn leh terime pon...kn??kn???tol x??


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang pompuan. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar korang mudah memahami mereka:


Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kias oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham.


Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan.


" Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata ".


Prof. Amesitus Tan Sri Dr.areltzsensei, 2010


Pompuan berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu..( Tol x Laki2??? tol kn??kn?? )


Bila korang mendesak bf korang mendedahkan perasaanya, mungkin korang akan akan terdedah pade sesuatu yang korang mmg tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik ajangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi ( tol x pe ak ckp ni??)...sbb nnti korang yg sakit aty..mkn aty...pdn mke..sape soh tnye???ngeee... Malah apa yang penting korang perlu membaca bahasa badan bf korang tu, matanya, tau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau...reti??paham x??


Tidak sebagaimana korang yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang korang hadapi kepada pompuan len ( kkdg abes 1 dunie korang citer...tol x??kn??kn??) , harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima...tu pasal ak lbh ske nulis kt blog dari cter kt org..huh..


Sepertimana korang, lelaki jugak pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya suka bercerita kepada pompuan lain tentang dirinya, besar kemungkinan bf korang tu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya...yelew..nnti abes sumer org taw..pompuan ni mlot tempayan sket..huk3...

"Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu kekasihnyer menyimpan rahsia-rahsia hubungan die"


Prof. Amesitus Tan Sri Dr.areltzsensei, 2010


Jangan mengkritik lelaki!!!, melainkan jika korang dh ready untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan taw...pantang laki tu... Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia kompom marah juga bile perkara tersebut disampaikan kepadanya.


Cara terbaik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat...sgt2 pro..ngeee...


tu la laki...nnti ak sambung agi ek..nk merepek meraban camni perlu mase n time yg betol..huhuhu..igt senang kew??? urm....






14 comments:

HairiAks said...

Ril.. bila lagi nak post untuk laki2 yg bernama BF.. asyik2 unt gf je... ho3... bg tip unt bf kat luar tu...

Ann said...

penah alami ke? hehe ni mcm luahan perasaan jer...

aku pun ada adik laki, so apa yg ko ckp tu mmg ada btulnyer

misalnyer, bila bgtau nnti si bf call, tp si gf asyik terus2 tnye...si bf pun rimas ar. sbb tu bmakna dia nk bersendirian or ada hal nk uruskn..

setau aku, laki ni blh uruskan satu2 hal dlm satu masa (xmcm pompuan...parallel..leh keje, jd isteri, ibu lg), tu psl rimas kot bila ada bnda nk wat..tp diasak dgn mcm2 soalan oleh si gf.

apepun, same2 kene btimbangrasa ar...xleh lah nk salahkn gf or bf jer..

@reltzsensei said...

hairie : ayamak rie..skg ni tgh mood nk citer psl pompuan r..xpew..nnti i wat tuk bf2 lak ek..kne carik ilham dlu tu..ngee....coming soon...tips tuk laki2 bername bf2..hehehe

@reltzsensei said...

ann : hahaha...ann..mmg pon...i ckp atas dasar pengalaman r..hik3...mmg btol..laki ni wpon de gf die ttp nk bersendirian..sbb de bende yg die wat yg xbole melibatkan pompuan..die de bende yg die nk wat ngn kawan2 die yg mmg pompuan xleh cmpor..n kekadang die ske wat kje dlm ketenangan tnpe ade ganguan..sbb laki ni fokus...agaknye r...kne lak laki cam i yg mmg hiperaktif..die taw ble mase tuk gf ble mase tuk diri die n kwn2 die...ngee...

Sofi said...

" Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata ".

Prof. Amesitus Tan Sri Dr.areltzsensei, 2010

sofi suke stetmen ni :)

@reltzsensei said...

sofi : hehehe..tu knyataan sofi..ak berani kuakan statment tu sbb ak sndiri mmg camtu..ngee...

HairiAks said...

Lepas ni u ganti lah Dr. Fadilah Kamsah.. boleh? hahaha...

@reltzsensei said...

hairie : hehehe...i jadik dr.areltz..ala i ckp dari pengalaman r..bukan dari buku..ngee...xlayak kot jadik cam dr.fadzilah tu..hik3...

HairiAks said...

Ril.. x pa.. u buat je teori sendiri.. janji u bahagia... byk sgt ke pngalaman u tu.. mcm dah hidup 100 tahun lak..ha3..

@reltzsensei said...

hairi : hehehe..u xtaw rie..i idop dh seribu tahun sbnrnyer..cme awet mude jerk...hahhahahaha...susuk degawan..ngeee...

BasH said...

bro, aku stuju dgn entry ko..x-gf aku pun dah nak bertunang skrg... kami pisah tanpa bincang apa2..tp baru2 ne kami bincang knp kami berpisah dan aku buatkan dia menjadi ralat. nampaknya aku menjadi org ketiga dalam hidup dia..jahatnya aku.

Daniel said...

Yap..setuju dgn entry ni.. sokong 25789%
ho3

@reltzsensei said...

bash : btol tu bash...kkdg pompuan ni sengal sket..bende kecik die besar2 kn...tu yg jadik masalah tu..hal kecik nk wat gado..lme2 putus..pastu nyesal..drama sgt kn?kn?tol x?

BasH said...

ya betul2..tp kena check n balance la kot..kdang salah kita sndiri xnampak gak..hehe..aku pun byk salah..